Isnin, Mac 07, 2011

Laporan Hari Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia Yang Ke 78

BERTIWI, 6 Mac 2011 - Ribuaan penduduk warga ibukota dan juga rakyat malaysia yang hadir ke Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat yang berlangsung di Dataran Merdeka yang selama 3 hari mulai daripada 4 Mac 2011 sehingga 6 Mac 2011. Pada hari terakhir, acara utama sepanjang Sambutan HUT TD ke 78 diadakan perbarisan aset-aset dan juga beberapa pertunjukkan. Selama perbarisan ini terdapat beberapa aset yang belum pernah ditunjukkan kepada orang awam sebelum ini dan di antaranya ialah peluru pintar Taming Sari yang dicipta oleh STRIDE.


Upacara sambutan dimulai dengan ketibaan Y.Bhg. Jeneral Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Malaysia. Beliau berkesempatan bermesra dengan pengunjung dan penonton yang hadir pada hari sambutan ketika menunggu Dif-dif jemputan. Selepas itu, Timbalan Menteri Pertahanan tiba dalam jam 0900H dan seterusnya ketibaan YB. Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis sambutan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan juga Lagu Tentera Darat Malaysia. Seluruh pengunjung dan penonton bersama-sama menyanyikan kedua-dua lagu dengan penuh semangat. Sebaik sahaja habis lagu, Pasukan 10 Briged Para mempersembahkan tarian perang yang sememangnya telah banyak kali dipertunjukan. Walaubagaimanapun ia tetap menjadi tumpuan orang ramai dan mendapat tepukan gemuruh sebaik sahaja pertunjukkan tarian para ditamatkan.

Perarakan masuk kontinjen-kontinjen TD didahululi oleh Pancaragam Tentera Darat Malaysia dan diikuti oleh Pasukan anggota Veteran Tentera Darat.


Seterusnya dikuti oleh Anggota Pembawa Bendera Malaysia, ATM, TD dan semua Rejimen dan Kor dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) serta diikuti oleh perbarisan anggota-anggota yang terdiri Tentera Infantri TD, Grup Gerak Khas, Pasukan 10 Briged PARA , Pranita, Pasukan Pengawan TDM serta tidak ketinggalan juga pasukan anjing perang.